"Yun Luofeng…" suara lelaki itu sangat merdu dan menenangkan, bagaikan bayu meniup lembut hati si pendengar.
Apabila lelaki itu mendongak sedikit, semua bebunga di halaman hilang warna serinya kerana ketampanannya. Wajahnya begitu indah sehingga orang hanya menahan nafas, seolah-olah dialah warna yang paling bersinar di dunia.
"Tidak berapa lama dulu Tian Ya hantar surat kepada saya dengan menyebut nama ini dan dia juga kata cuma gadis ini yang mampu sembuhkan saya."
Lelaki itu tersenyum pudar. Senyuman itu mekar di bawah pokok bunga, terlalu indah sehingga orang tidak mampu berpaling darinya.
Wanita berpakaian merah itu tergamam memandang lelaki itu, wajahnya jadi agak kemerahan. Walaupun dia sudah lama tinggal di samping Tuannya, di masih tetap angau dengan ketampanan Tuannya. Mungkin tiada siapa yang seindah Tuannya di dunia ini!