Sebaik sahaja dia sampai di hadapan Yun Luofeng, serangan yang kuat menghentam rohnya, menimbulkan gelombang bergetar di dalamnya. Selepas itu, gadis itu tiba-tiba muncul di belakangnya dan menendang punggungnya lalu dia tercampak ke dinding.
Pasangan beradik Pang yang pada mulanya menanti Yun Luofeng sedar akan kebodohannya kerana pada mereka, ketua mereka itu sudah jadi pertapa rohani peringkat-langit, jadi mana mungkin Yun Luofeng mampu melawan ketua mereka? Mereka tidak terbayang pun yang gadus ini hanya perlu menggunakan satu tendangan untuk membuat ketua mereka melekat di dinding seperti cicak, tanpa ada peluang untuk menangkis…
Kedua beradik itu terus terpegun. Wajah mereka pucat dan sangat terkejut ketika mereka memandang ke arah Yun Luofeng, tergamam dan ketakutan.
Yun Luofeng tersenyum dan mendongak sombong memandang ke arah lelaki yang melekat di dinding itu. "Kamu rasa saya ada kekuatan untuk ambil ahli kedudukan kamu sekarang?"