Lelaki berjanggut itu memerhati tangan yang Xiao Bai guna untuk tangkap parangnya itu. Ketakutan muncul dalam matanya dan menelan liur sebelum memandang wajah comel gadis kecil di hadapannya itu.
"Kamu…" Lelaki berjanggut itu hanya sempat sebut satu perkataan sebelum kaki Lin Ruobai terangkat dan menendang dadanya, membuat dia tercampak ke udara.
"Guru, akhirnya saya faham kenapa Guru suka tendang orang." Senyuman Lin Ruobai lebih cerah berbanding matahari. "Rupa-rupanya perasaan menendang orang sangat memuaskan! Oh sayang, saya sudah terpikat dengan perasaan ini dan perlu tendang dia beberapa kali lagi!"
Sebaik sahaja dia selesai bercakap, Lin Ruobai melompat ke atas dan mendarat di hadapan lelaki itu. Selepas itu berlakunya sesi membelasah…