Suara gadis itu sangat tenang, tetapi ia dengan mudah mengacau hati dua beradik itu.
Walaupun mereka sudah jumpa ramai perempuan selama ini, mereka tidak pernah jumpa yang secantik Yun Luofeng! Jika mereka mampu buat dia baring di bawah mereka, ia pasti akan sangat enak.
"Sudah tentu ada jalan kedua," lelaki berjanggut itu menjilat sudut bibirnya sendiri. "kamu harus kalahkan kami berdua! Namun, kami fikir kamu bertiga sahaja cukup untuk menentang kami?"
Dua gadis itu sangat muda dan gadis berpakaian putih pasti tidak lebih dari lima belas tahun! Budak lelaki kecil itu tidak perlu dikira, apa yang budak lima tahun mampu lakukan?
"Oh?" Yun Luofeng mengangkat keningnya sedikit dan berkata dengan senyuman penuh makna, "Kalau begitu saya pilih.. Jalan yang kedua."
Kedua beradik itu terpegun seketika dan sebelum mereka sedar, gadis itu sudah meluru ke arah mereka. Dengan rambutnya terurai lembut meninggalkan wangian manis yang bertiupan bersama angin.