Setelah Long Fei selesai bercakap, perasaan seram sejuk menjalar dari tapak kaki Tian Zhu, membuatkan dia menggigil dan mendongak memandang mata dingin gadis di hadapannya itu.
"Qing Yan, Ye Ling," Yun Luofeng mengangkat kening lalu memberi arahan dengan dingin, "apa pun yang dia telah lakukan terhadap Zhong Ling'er, saya mahu ia dibalas kepadanya dua kali lipat. Saya akan biarkan kamu uruskan hal ini."
"Baik, Cik."
"Baik, Tuan."
Faham apa maksud Yun Luofeng, Qing Yan dan Ye Ling memberi tabik genggam lalu berjalan ke arah Tian Zhu yang sudah rebah ke tanah.
"Jangan… jangan datang ke sini!" Tian Zhu lihat dua orang yang mendekatinya itu dan ketakutan dalam matanya semakin padat. Dia hendak menjerit meminta tolong ketika Qing Yan melompat dan menendang badannya.
Tian Zhu yang wajahnya sudah pucat itu, hampir termuntah darah kerana ditendang. Tetapi ini masih belum cukup.