Ini sebabnya kenapa Tian Xuan berani bercakap begini. Dalam dunia ini, ayahnya adalah satu-satunya keluarga Tian Ya yang ada, jadi Tian Ya tidak akan bunuh dia!"
"Kamu anak kepada bangsat itu?" Tian Ya mencengkap kolar baju Tian Xuan. "Saya terfikir kenapa saya seperti pernah dengar nama kamu. Rupa-rupanya kamu adalah anaknya! Saya baik dengan dia sejak kecil lagi, tapi dia berkomplot dengan orang-orang itu untuk memerangkap saya!"
Bang!
Tian Ya mencampak Tian Xuan ke lantai lagi, matanya sangat dingin. "Pergi balik dan beritahu bangsat itu. Selepas saya jumpa Fusheng, saya akan pulang untuk selesaikan masalah dengan mereka. Jangan fikir saya akan terus bertahan dengan sikap kamu! Saya cuma tiada masa untuk uruskan kamu! Kamu terlalu bodoh sebab menyangka saya telah maafkan apa yang Keluarga Tian telah lakukan pada saya dan jangan kamu berani guna nama saya!"