"Baiklah, suruh mereka masuk."
Sebaik sahaja Yun Luofeng berkata begitu, seorang pembantu membawa sebaldi air, meletakkannya di atas meja, lalu berundur dengan penuh hormat.
"Berikan saya pisau." kata Yun Luofeng sambil menghulurkan tangannya pada Qing Yan.
"Baik, Cik.: Qing Yan menjawab penuh hormat, keluarkan pisau dari pinggangnya dan serahkannya kepada Yun Luofeng.
Yun Luofeng kelar hujung jarinya dan setitik darah menitik ke dalam air yang bersih itu. Setelah itu, Yun Luofeng serahkan pisau itu kepada Xiao Mo. "Giliran kamu."
"Budak baik." Yun Luo sambut pisau itu untuk Xiao Mo lalu berkata dengan lembut, "Kelar sedikti sahaja di hujung jari kamu. Ia tidak akan sakit."
"Baiklah," Xiao Mo menjawab comel. Namun, tiada siapa yang perasan senyuman licik yang tersembunyi di sebalik matanya. Tapi Xiao Mo tetap berpura-pura takut, menggigil menyambut pisau itu, lalu memejamkan matanya dan menghiris jarinya.