Ning Xin kelihatan sangat bertekad dalam matanya. Melainkan dia mati, dia tidak akan benar menyerang Keluarga Yun!
"Pak Cik Kedua, Pak Cik hendak jumpa Datuk sebelum Pak Cik pergi?" Yun Luofeng berfikir lalu bertanya.
"Tidak," Yun Qingya menggeleng kepalanya, "dia tidak akan bernarkan Pak Cik pergi kalau dia dapat tahu."
Tiada siapa lebih kenal ayahnya berbanding ayah! Jika ayahnya tahu dia hendak pergi ke tempat seperti Hutan Tiada Kembali, dia tidak akan benarkan dia! Memikirkan ini, Yun Qingya berhenti seketika. "Feng'er, saya akan bertolak ke Hutan Tiada Kembali esok. Kamu pulang ke Keluarga Yun dan tunggu saya. Jangan sentuh Kota Perubatan saya pulang."
Dia akan balas dendam terhadap Kota Perubatan dengan tangannya sendiri, untuk buat mereka rasa apa yang dia lalui selama ini.
"Baiklah."