Tian Ya?
Seperti bara api yang malap menyala semula, hati Tian Ke yang terdesak hidup semula selepas mendengar kata-kata Tian Lin. Dia menaikkan sudut bibirnya dan tersenyum sombong.
Bang!
Yun Luofeng menghayun tangannya mencampak Tian Ke ke lantai, lalu perlahan menoleh ke arah orang tua kecil di pintu itu…
Orang tua kecil itu hendak menyapa Yun Luofeng dahulu lalu kemudian menguruskan orang-orang Keluarga Tian. Namun, sebaik sahaja dia menggerakkan kakinya, seorang yang kebingungan meluruh dalam dewan itu lalu melutut di hadapannya dan memegang erat kakinya.
"Pak Cik Tian Ya, akhirnya Pak Cik datang! Perempuan ini sangat biadap dan memandang rendah terhadap Keluarga Tian. Tolong tuntut bela untuk kami!"
Ketika ini, Tian Ke langsung tidak terfikir kenapa Tian Ya muncul di sini. Dia hanya tahu ketika ini, tiada siapa yang mampu lindungi dia daripada perempuan jalang ini.
'Perempuan jalang itu akan mati dengan keadaan yang menyedihkan!'