Walaupun Tuan Ketua Ning tidak akan benarkan Ning Xin berkahwin dengan Yun Qingya, dia tidak mahu Keluarga Yun bermasalah. Lagipun, Yun Luofeng telah selamatkan nyawa Ning Xin. Keluarga Tian berbeza dengan Kota Perubatan kerana Tian Ya sangat berkuasa. Kalau Yun Luofeng menyinggung orang tua itu, tiada siapa yang akan mampu lindungi dia…
"Kenapa pula guru saya perlu meminta maaf?" Xiao Bai yang baru sahaja sampai, tiba-tiba terdengar kata-kata Tuan Ketua Ning dan sambil bercekak pinggang, wajah comelnya kemerahan dengan kemarahan…
"Bodoh, walaupun Tian Ya datang ke sini, dia akan panggil guru saya Gurunya juga. Berani sungguh kamu suruh guru saya meminta maag!"