Sekiranya Yun Luofeng berada di sini, dia pasti akan terus dapat kenal perempuan yang sedang duduk itu adalah Tian Ke, yang datang ke Keluarga Diraja Kerajaan Longyuan untuk bawa Mu Wushuang pergi. Lelaki di sebelahnya itu bukan Tian Yu yang tenang, tetapi orang lain yang hampir serupa dengan Tian Ke!
Tidak lama kemudian, setelah melihat lelaki pertengahan usia masuk ke dalam dewan, mereka perlahan berdiri.
"Tuan Ketua Ning."
Tian Ke tersenyum. "Kali ini, saya di sini bagi pihak saudara saya, Tian Lin! Khabarnya Ning Xin, waris Keluarga Ning seorang gadis yang mulia dan dihormati, sangat berbakat, anggun, jelita dan baik hati. Jadi saudara saya jatuh cinta pdanya semenjak dia dengar tentang Ning Xin! Kamu datang sini untuk menjalinkan ikatan perkahwinan dengan Keluarga Ning dan mulai sekarang, Keluarga Ning dan Keluarga Tian akan jadi satu keluarga."