Keluarga Ning bergantung pada Tuan Tua Ning. Tanpa Tuan Tua Ning, Keluarga Ning bukan lagi ancaman bagi mereka!
Lin Ge mengeluh, "Walaupun Yun Qingya tidak mati, dia sepatutnya jadi sampah. Tetapi dia muncul dengan sihat. Mungkin memang benar Yun Luofeng telah sembuhkan dia…"
Lu Yin mendengus. Pada mulanya, dia cuba fikir sama seperti Lin Ge, tetapi selepas dia pergi dari Kerajaan Longyuan, dia siasat mengenai Yun Luofeng! Rupa-rupanya gadis itu tidak pernah ada guru, jadi bagaimana dia boleh memiliki kebolehan perubatan yang hebat?
Adakah dia ajar dirinya sendiri? Bukankah itu mustahil?
Tetapi Yun Luofeng pernah kembalikan kelelakian seorang sida-sida dalam Istana Diraja Kerajaan Longyuan…
Mungkin dia memiliki bahan perubatan yang sangat berharga! Lu Yin pernah dengar ada ubat yang mampu tumbuhkan semula tulang yang patah, jadi ia tidak boleh membuktikan kebolehan Yun Luofeng.