Yun Luofeng menarik nafas dalam, menahan kemarahan dalam hatinya lalu memandang wanita menggoda di hadapannya. "Fang Ya, tolong jaga pak cik kedua saya buat sementara waktu ini."
Mendengar kata-kata gadis itu, Fang Ya bertanya dengan muram, "Kamu mahu pergi Keluarga Ning sebelum Tuan Tua Ning pulang ke sana?"
"Ya," Yun Luofeng mengangguk. "Ning Xin kesuntukan masa. Saya akan pergi ke sana untuk rawat dia dahulu dan saya akan buat Tuan Tua Keempat itu menyesal!" Dia tidak sangk begitu banyak hal yang berlaku semasa ketiadaannya dan dia tidak akan lepaskan sesiapa yang menyakiti keluarganya!"
"Baiklah." Fang Ya berfikir lalu mengangguk, "Jangan risau, saya akan jaga Yun Qingya untuk kamu. Lagipun, memandangkan kamu tidak tahu lokasi Keluarga Ning, saya akan suruh seseorang bawa kamu ke sana."