Jika dalam Kediaman Xiao, mungkin seseorang akan dapat tahu perbuatan Lin Yue. Bagaimanapun, sepanjang masa itu, dia perempuan simpanan yang tinggal di luar jadi tiada siapa dapat kesan apa yang dia telah lakukan! Lin Yue sendiri pun fikir dia telah lakukannya dengan lancar, tetapi dia tidak tahu banyak benda telah mengkhianati dia…
"Yun Xiao, kita tidak kisah pasal orang-orang ini." Yun Luofeng perlahan berdiri dan senyuman licik menghias bibirnya. Dia berjalan ke sisi Yun Xiao, nafasnya menjadi berat. "Xiao Yuqing tidak akan timbulkan masalah. Sekarang, kita patut tunaikan janji kita, bagaimana?"
Senyumannya seperti bunga, udara yang keluar dari bibirnya membawa perisa menggiurkan.
Renungan Yun Xiao tanpa sedar beralih pada tubuh Yun Luofeng, seakan dia dapat lihat menerusi kain nipis dan ternampak kulit yang seputih salju…