Malam itu seperti air.
Cahaya bulan mengalir ke dalam bilik, memandikan wajah cantik gadis muda itu. Gadis itu rasa pergerakan dari luar dan membuka matanya sedikit dan senyuman licik dan menggiurkan terukir di wajahnya. Matanya seperti bintang di langit malam, terang dan penuh dengan godaan…
"Yun Xiao." Melihat lelaki dingin yang masuk melalui pintu, senyuman Yun Luofeng menjadi lebar. "Bagaimana kamu hendak menguruskan hal mengenai Xiao Yuqing?"
Yun Xiao seketika. "Lin Qiong sudah pulang dan memang benar Xiao Yuqing telah dihantar ke Hutan Tiada Kembali. Tempat itu terlalu bahaya, jadi saya suruh Lin Qiong pulang."
Seluruh dunia mengatakan Maharaja Hantu sangat kejam walaupun terhadap subordinatnya sendiri, tetapi dia tidak akan benarkan subordinatnya jadi korban yang sia-sia! Sekiranya dia arahkan Lin Qiong masuk Hutan Tiada Kembali untuk cari Xiao Yuqing, ia sudah jelas sia-sia! Jadi kenapa perlu lakukannya?