Dengan sikap mengarah Yun Luofeng yang begitu, gadis itu seakan dewa, memandang rendah pada manusia biasa. Wajah Lin Yue bertambah pucat, dadanya seperti terbakar dan dia tidak dapat gerakkan tubuhnya. Setiap kali dia bergerak, dia rasa tulangnya sangat sakit dan sehingga nafas tercungap-cungap kerana kesakitan.
"Yun Luofeng, kamu akan masuk ke dalam neraka!" Lin Yue mengetap giginya dan memaki dalam setiap perkataan.
Yun Luofeng menyeringai, "Sedangkan kamu sendiri tidak layak masuk neraka! Saya beri kamu satu lagi peluang, di mana ibu Yun Xiao?!"
"Humph!" Lin Yue menggigit bibirnya dan mendengus dingin. Kenapa dia perlu beritahu Yun Luofeng begitu banyak maklumat padahal dia sendiri tetap akan mati akhirnya? Dia ingin lihat mereka tercari-cari di mana keberadaan perempuan itu sepanjang hidup mereka tanpa mendapat apa-apa hasil…