"Baik, Guru."
Tidak kira apa pun di dalam mindanya, Lin Ruobai tidak berani untuk tunjukkannya kerana sekali lagi dia terasa udara dingin daripada Yun Xiao yang seolah-olah menyuruh dia pergi dengan cepat. Jika dia terus berada di situ, dia yakin lelaki itu akan campak dia keluar! Jadi, Lin Ruobai membuat keputusan bijak dan pergi secepat mungkin.
Di bawah pokok itu, lelaki dingin itu merenung bayangan Lin Ruobai hilang lalu berkata dengan suara yang rendah, "Dia itu berbahaya."
Berbahaya?
Yun Luofeng terpegun. Dia tidak pernah terfikir perkataan itu dengan Lin Ruobai. Setelah dia mendengar kata-kata Yun Xiao wajahnya jadi serius. "Kamu ingin beritahu saya sesuatu, Yun Xiao?"
"Saya rasa ada kuas yang kuat dalam nadinya, bukan tenaga yang kamu telah kurung, tetapi ia sesuatu yang sangat berbahaya."