Yun Luofeng mendongak sedikit dan memandang rendah pada perempuan gatal yang duduk di lantai. "Kalau dia boleh lepaskan ibu Yun Xiao dulu, dia boleh lepaskan kamu juga!"
Lin Yue mendengus lalu memejamkan matanya, wajah pucatnya perlahan menjadi terdesak…
"Jangan bimbang, saya tidak akan biarkan kamu mati awal," Yun Luofeng mendekati Lin Yue dengan senyuman licik di bibirnya. "Sebab sekarang bukan masa yang tepat untuk kamu mati."
Tiada siapa boleh bunuh perempuan ini selain Yun Xiao. Sekarang Yun Luofeng hanya melepaskan kemarahannya!
…
Kota Sifang diketuai tiga keluarga. Mereka adalah Keluarga Wei, Keluarga Xiao dan Keluarga Lin. Ketiga-tiga keluarga ini bukan sahaja berkuasa dalam Kota Sifang tetapi mereka juga penting di sleuruh Wilayah Rohani.