Keadaan Ling Yao sekarang kusut dan seluruh tubuhnya mengerekot seperti bola kerana kesakitan. Dia dapat rasa isi perutnya cedera teruk dan semua tulang rusuknya patah
Perempuan ini sememangnya kejam!
Ling Yao mengetap giginya, kebencian dalam hatinya semakin membara. Jika diberikan peluang, dia pasti tidak akan lepaskan perempuan ini!
Sudah tentu, syaratnya dia mesti kenalpasti pil hitam yang dia makan hari itu.
"Kamu ingin tahu itu pil apa, bukan?" Yun Luofeng tersenyum dan memandang Ling Yao yang sedang pucat itu. "Saya namakan pil itu 'Pil Penghancur Tulang!' Akan tetapi, pil ini sebenarnya tidak hancurkan tulang kamu, ia hanya buat kamu rasa kesakitannya! Saya hanya perlu fikir dan kamu akan rasa kesakitan itu. Saya tidak sangka kamu sangat berani cari saya selepas makan pil itu."
Tubuh Ling Yao menggigil dan dengan degil berpaling ke arah lain.