Yun Luofeng sudah bersiap sedia untuk bertarung dengan Xiao Yuqing, tetapi Xiao Yuqing hanya berkata begitu. Yun Luofeng tersenyum perli. "Seorang gundik tetap juga seorang gundik. Bukan sahaja dia rampas suami orang, tetapi dia juga cuma bunuh anak orang itu untuk mengukuhkan kedudukan kamu dalam Keluarga Xiao! Yang saya hairan, orang tidak tahu malu begitu boleh jadi Puan Besar Keluarga Xiao! Keluarga Xiao memang mahu jadi bahan jenaka dengan menerima dia!"
Setelah mendengar kata-kata Yun Luofeng itu, pengawal Keluarga Xiao mengamuk. Mereka keluarkan pedang mereka dan bersedia untuk membelasah Yun Luofeng. Namun, selepas baru beberapa langkah mereka maju, Xiao Yuqing mengangkat tangannya dan menghentikan mereka.
"Kamu berdendam dengan Keluarga Xiao?" Xiao Yuqing memandang Yun Luofeng dengan tenang dan bersahaja, tiada siapa yang dapat mengelak dari kehangatan pada matanya. "Atau kamu ada hubungan dengan bekas isteri ayah saya?"