Xiao Yuqing mengangguk, menjeling dua pengawal itu lalu berkata, "Buka pintu gerbang."
"Baik, Tuan Xiao." Salah seorang pengawal itu tunduk hormat lalu berpusing untuk membuka pintu gerbang itu.
Melihat ini, orang tua kecil itu berkata dengan perli, "Saya ingat seseorang itu cakap bahawa sesiapa pun mahu masuk ke Wilayah Rohani harus menunjukkan token masuk! Jadi kata-kata kamu itu tiada makna?"
Wajah pengawal itu menjadi gelap, lalu dia mendengus. "Orang tua, kamu tahu pemuda ini siapa? Ini ialah pewaris salah satu keluarga terbesar dalam Wilayah Rohani, Keluarga Xiao. Sudah pasti dia tidak perlukan apa-apa token. Apa yang buat kamu fikir kamu boleh bandingkan diri kamu dengan dia? Kalau kamu tiada token, berambus!"
Keluarga Xiao?
Mata Yun Luofeng mengecil dan cahaya bahaya berkilau pada matanya itu. Jadi, Keluarga Xiao inilah yang membuang Yun Xiao. Kebetulan dia berjumpa dengan ahli Keluarga Xiao di sini!