Xiao Jing tidak jauh beza. Wajah tampannya bengkak dan pakaiannya rabak dengan luka dan lebam di seluruh tubuhnya. Tetapi matanya sangat dalam sehingga Ling Yao rasa jantungnya terhenti seketika apabila memandang mata Xiao Jing…
"Xiao Jing…" Ling Yao telan liur lalu cuba mengatakan sesuatu, tetapi dihentikan oleh pandangan dingin mata lelaki itu.
"Apa yang kamu mahu kalau kami tidak lupakannya? Jangan lupa tentang pil yang kita telan tadi. Kalau kamu tidak paksa diri kamu untuk lupakannya, entahlah apa yang akan terjadi kepada kita?"
Xiao Jeng berasa agak jengkel. Sampai sekarang, dia masih tidak tahu bagaimana dia boleh menyinggung perempuan gila itu sehingga dapat pembalasan yang begitu. Xiao Jing diam seketika. Tidak lama kemudian, keningnya berkerut lalu berkata, "Sekarang mari pulang ke Keluarga Xiao dulu."