Yun Luofeng diam seketika dan matanya berkilau dengan cahaya yang tidak diketahui. "Ibu kamu hilangkan diri selepas kamu tinggalkan Keluarga Xiao, oleh itu, kita cuma boleh tahu keberadaan ibu kamu dengan menuju ke Keluarga Xiao! Lebih penting lagi, saya mahu balas dendam terhadap orang yang telah sakiti kamu!"
Suara tekad gadis itu membuat hati Yun Xiao hangat dan sudut bibirnya terangkat sedikit, membentuk senyuman yang sangat pudar.
"Baiklah."
Yun Luofeng tidak lagi berkata apa-apa sambil niat membunuh menghias matanya. Ketika ini, setiap kali Yun Luofeng terfikir seksaan yang Yun Xiao rasa, dia terasa ingin mencincang orang-orang yang telah sakiti Yun Xiao dulu!
Terutama sekali perempuan yang buang dia ke dalam Hutan Tiada Kembali!
"Yun Xiao, bila orang-orang Keluarga Xiao akan sampai?" Yun Luofeng tertawa dingin. "Bila mereka sampai, saya akan sambut mereka dengan baik!"