Tempat di mana Lin Tian digigit tadi berterusan sakit lalu dia menjerit dengan agak marah, "Kalau kamu hebat, tunggu saya bunuh hamster ini dahulu baru saya akan lawan kamu!"
Yun Luo memberikan jelingan menyampah.
Walaupun dia datang ke sini untuk bertarung dengan Lin Tian, dia juga datang ke sini untuk membelasah orang-orang istana untuk melepaskan kemarahannya! Tidakkah bodoh jika dia lepaskan peluang yang begitu baik?
"Hamster apa? Saya tidak melihatnya," Yun Luo jelas berbohong. "Lin Tian, adakah kamu takut kepada saya, jadi kamu gunakan alasan yang begitu?"
"Kamu…" Lin Tian begitu marah sehingga kulit wajahnya menjadi pucat. "Yun Luo, siapa yang takut terhadap orang yang tidak tahu malu seperti kamu? Jika bukan disebabkan hamster yang ada dalam jubah saya ini, saya boleh tewaskan kamu dengan sekali hembus nafas sahaja!"