Dia sengaja menurunkan nada suaranya ketika mengatakan ayat itu kerana dia tahu Tuannya tidak ingin mendedahkan identitinya. Jika tidak, dengan keperibadian pentingkan diri orang-orang dari Keluarga Xiao, mereka pasti tidak melepaskan peluang untuk mengganggu Tuannya.
Namun, walaupun suaranya ditahan dan dia berbicara dengan sangat perlahan, Yun Luofeng masih dapat mendengarnya dengan kebolehannya.
Dia mengangkat keningnya dan memandang ke arah lelaki kacak yang dingin itu. Mata hitamnya mengandungi cahaya berbahaya. "Yun Xiao, jelaskan kepada saya apa maksud semua ini bila kita pulang nanti."
Yun Xiao tersentak tetapi berjaya mengangguk kepalanya. "Baiklah."
....
Pada masa ini, di dalam halaman Kediaman Perdana Menteri, seluruh tubuh Mu Wushuang termanguh seperti patung sambil renungannya yang tidak bermaya memandang Qin Yuan yang berdiri di hadapannya. Sepertinya, dia masih tidak dapat sedarkan diri dari apa yang Qin Yuan katakan.