Chapter 257 - Keluarga Tian (3)

Dia akan bantu mereka tunaikan hasrat mereka, bukan?

Yun Luofeng tidak akan merosakkan perkahwinan mereka, tetapi itu tidak bermakna dia kan lepaskan mereka berdua.

Yun Luofeng mengangkat sudut bibirnya dan satu cahaya bahaya berkilau pada matanya. "Putera Keempat, jika sudah tiada apa lagi yang kamu hendak beritahu saya, kamu boleh pergi. Mengenai perkahwinan Gao Ling dan Mu Wushuang, saya tidak akan ganggu mereka, malah saya akan beri mereka hadiah perkahwinan."

Gao Saochen mendongak dan hanya terlihat senyuman licik pada wajah Yun Luofeng. Tiba-tiba, jantungnya berdebar dan perasaan aneh timbul dalam hatinya. Dirinya sendiri pun tidak faham dari datangnya perasaan itu, yang mana telah memenuhi seluruh hatinya.

Baru sahaja Gao Saochen hendak berjalan mendekati Yun Luofeng, satu tangan besar muncul dari belakang gadis itu dan memakaikan mantel putih salju pada gadis itu.

"Ia agak sejuk."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS