Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 234 - Angkatan di Belakang Mu Wushuang (3)

Chapter 234 - Angkatan di Belakang Mu Wushuang (3)

Apabila terasa kehangatan tubuh gadis muda itu, Yun Xiao tidak lagi menahan dirinya lalu dia menolak gadis itu pula ke pokok.

Yun Luofeng mengecilkan matanya sedikit, sambil sudut bibirnya tersenyum menggoda. "Berbanding dengan ditekan begini, saya lebih suka menekan kamu!"

Mata hitam Yun Luofeng memancarkan sinaran menggoda dan senyuman pada wajahnya licik menawan, terlalu cantik sehingga mampu membuat hati sesiapa pun bergetar.

"Cik! Cik!"

Qing Yan bergegas lari, tetapi siapa yang akan sangka setibanya dia di halaman belakang, dia akan menyaksikan kedua pakaian mereka sudah tidak kemas? Dia terpegun seketika sebelum menutup kedua matanya.

"Hamba ini tidak melihat apa-apa, kamu berdua boleh teruskan."

Setelah berkata begitu, Qing Yan langsung berpusing ke belakang dan hendak pergi. Namun, setelah beberapa langkah, dia seakan teringat akan sesuatu lalu kembali kepada Yun Luofeng.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS