Yun Luofeng berhenti melangkah sambil memandang ke atas sedikit pada lelaki tampan yang sedang duduk dalam dewan itu. "Kenapa kamu meminta saya datang ke sini?"
Putera Keempat Kerajaan Longyuan, Gao Saochen, kelihatan agak lembut seperti jed pada luaran, tetapi sebenarnya licik seperti musang! Seorang lelaki yang memancarkan bahaya dalam semua aspek, membuatkan dia sukar untuk diduga.
Gao Saochen mengecilkan sedikit matanya yang seperti musang itu sambil bibirnya mengukir senyuman yang anggun.
"Jelas sekali kerana saya ada perkara penting untuk dibincangkan dengan kamu."
"Perkara penting apa?" Yun Luofeng mengangkat keningnya dengan licik dan bertanya sambil kepalanya senget ke sebelah dan pandangannya tepat pada Gao Saochen.
Gao Saochen mengangkat cawan teh diantara jemarinya dengan anggun lalu menghirup sedikit. Dari awal hingga akhir, terpapar senyuman yang tenang pada wajahnya yang mesra itu.