Dia hanya pergi selama beberapa hari sahaja, tetapi apabila dia kembali, perkara pertama yang dilihatnya adalah Yun Luofeng yang sedang dibuli.
Yun Xiao tidak dapat membayangkan apa yang bakal terjadi jika dia muncul sedikit lambat.
"Pergi mampus!"
Mata kejam lelaki itu mengubah tatapannya dari Yun Luofeng kepada Bai Su. "Semua orang yang membuli Yun Luofeng selayaknya pergi mampus!"
Bai Su merenung lelaki di sebelah Yun Luofeng yang mana baru sahaja mendedahkan dirinya, satu cahaya lembut berkilauan dalam mata jahatnya.
"Sepertinya bukan saya sahaja yang meminatinya. Kamu suka padanya juga. Tapi malangnya, saya tidak akan membiarkan lelaki lain memiliki gadis yang saya sukai."
Yun Xiao perlahan-lahan membaringkan Yun Luofeng di atas tanah lalu menyuruh Qingyan tanpa ekspresi, "Jaga dia."
Lalu, dia mengubah haluan matanya ke arah Bai Su, badannya tegak umpama pedang yang tajam dan matanya yang gelap dipenuhi keinginan untuk membunuh.