Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 206 - Mencabut Sebelah Tangan Kamu(1)

Chapter 206 - Mencabut Sebelah Tangan Kamu(1)

Selepas seketika membisu, suara kanak-kanak terdengar dari dalam mindanya, "Tuan, adakah kamu ingin menggunakan cara itu sekali lagi untuk mengerah tenaga rohani? Kendatipun Tuan meningkatkan tenaga rohani, Tuan hanya mempunyai 50% peluang untuk mengalahkan dia."

"50% peluang, ya?" Yun Luofeng mengusap dagunya, kesungguhannya berkobar-kobar pada penampilannya. "Itu lebih daripada mencukupi! Xiao Mo, bantu saya tingkatkan tenaga rohani saya!"

Sambil mengucapkan kata-kata itu, dia berhenti menyembunyikan auranya, lalu ia meledak diiringi dengan satu bunyi dentuman yang dahsyat, serupa laut yang mengaum dengan ombaknya terus-menerus bergelora.

"Pertapa rohani tahap-rendah peringkat-bumi?"

Selepas melihat aura garang gadis muda itu, penampilan Bai Ci tampak lebih serius, dan rasa simpati sekali lagi muncul pada riak wajahnya yang uzur.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS