Maksud kata-katanya itu cukup terang seperti siang hari.
Semua kekayaan dan harta di dunia ini ialah hak milik dinasti diraja! Sebagai ibu kepada negara, dia memiliki kuasa untuk mengatur kekayaan ini. Oleh itu, harta ini menjadi milik sesiapapun yang dia kata pemiliknya!
Ye Ling menjeling pada Maharani Rong yang licik itu dengan cemuhan. "Orang lain tidak dibenarkan untuk mendapat bahagian daripada harta milik saya, termasuk juga orang-orang daripada keluarga diraja!"
"Biadap sungguh!"
Ye Luo meremang dengan kemarahan kerana kata-kata mengejek Ye Ling, merenung tajam pada pemuda tampan dan bersih di hadapannya.
"Ye Ling, ibunda saya adalah maharani dinasti ini, ibu kepada negara. Siapa yang benarkan kamu untuk berbicara seperti kepadanya? Jika ibunda saya kata kediaman kamu ini milik saya, maka berambuslah! Kawasan saya tidak mengalu-alukan anjing kacukan seperti kamu!"