Wajah Gao Ling berubah menjadi pucat lesi lalu dia menengking dengan sangat marah, "Yun Luofeng, berani kamu bercumbu dengan pengawal biasa! Kamu sememangnya perempuan jalang tidak tahu malu! Rasanya Beta pasti sudah gila kerana mahu berbaik semula dengan kamu. Tanpa kamu, Beta masih ada ramai wanita lain! Dengan status bangsawan Beta, tidak terkira bilangan wanita yang merayu cinta Beta. Sekarang kamu sudah terlepas peluang untuk menjadi wanita Beta. Kamu jangan menyesal!"
Dia menjadi gila kerana kemarahan. Berani sungguh perempuan ini bermesra dengan seorang pengawal di hadapannya!
Dan perempuan ini lebih rela memilih pengawal biasa itu berbanding dia?
Sama ada dari segi status atau kekuatan, dia jauh lebih kuat dan hebat berbanding pengawal ini! Melepaskan peluang untuk menjadi Puteri Mahkota, Yun Luofeng pasti akan menyesal suatu hari nanti!