Semakin nada suara lelaki itu bernada tidak peduli, semakin hati Yun Luofeng menjadi sakit. Dia menundukkan matanya, lalu berkata dengan nada suara penuh tekad.
"Pak Cik Kedua, siapa sekalipun yang telah menyakiti Pak Cik dulu, saya akan balas balik pada mereka!"
Hutang darah harus dibayar dengan darah!
Orang-orang itu membuatkan Pak Cik Kedua lumpuh lebih sepuluh tahun, jadi Yun Luofeng akan mematahkan keempat-empat kaki dan tangan mereka satu hari nanti! Dia akan memberikan mereka penderitan dan seksaan yang sama seperti yang Pak Cik Kedua rasakan.
"Feng'er, Pak Cik dipenuhi semangat muda ketika itu, jadi Pak Cik telah ditimpa seksaan yang begini. Kamu tidak seharusnya melakukan kesilapan yang sama. Kuasa itu terlalu kuat, dan kamu tidak akan boleh menentang kewujudannya. Pak Cik tidak mahu kamu diburu oleh kuasa itu disebabkan dendam kamu," Yun Qingya berkata dengan serius sambil merenung tepat pada Yun Luofeng.