Baru sahaja Isteri Agung Mu dengan senang hati menantikan ucapan terima kasih daripada Yun Luofeng, dia terlihat Mu Wuchen, yang telah pergi untuk menyampaikan titah, berjalan masuk seorang diri. Dalam sekelip mata, wajahnya yang anggun dan mulia itu tiba-tiba menjadi gelap, cahaya dingin berkilau dalam matanya yang cantik.
"Mana Yun Luofeng? Kenapa kamu kembali seorang diri?"
Mu Wuchen melaporkan dengan senyuman yang dipaksa, "Niangniang, Yun Luofeng enggan datang ke sini untuk menjadi peneman belajar Tuan Puteri. Malah dia menyuruh kita merujuk kepada Baginda Maharaja sama ada beginikah cara Keluarga Diraja melayan cucu kepada seorang menteri yang telah banyak berjasa."
"Apa?"
Wajah Isteri Agung tiba-tiba menjadi dingin. Tangannya yang runcing dan kelihatan seperti jed itu dijatuhkan ke atas pemegang kerusi, lalu dia berkata dengan dingin, "Yu Luofeng, si sampah itu, berkata begini?"