Tubuh Ye Ling menggigil saat dia memejamkan matanya dengan perasaan terluka.
Beberapa tahu lalu, ibunya, Maharani Yi, meninggal tanpa diduga. Disebabkan itu, Isteri Agung Rong dianugerahkan pangkat Maharani. Untuk menjadikan anak lelakinya waris takhta Maharaja, dia tidak ragu-ragu untuk menghasut Ayahanda Maharaja supaya memaksa Ye Ling pergi ke Kerajaan Longyuan sebagai tebusan! Untuk mengekalkan keamanan negara, Ayahanda Maharaja, bersetuju dengan cadangan itu.
Justeru itu, sebab kedudukan Ye Ling sebagai tebusan berkait dengan dua orang ini!
"Apa yang Cik katakan itu benar. Saya sangat faham kenapa saya menjadi tebusan!" Ye Ling membuka matanya yang berisi pengalaman hidup, lalu merenung Yun Luofeng. "Dan jika saya tidak menjadi tebusan, saya pasti perempuan itu tidak akan melepaskan saya!"