Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 2 - Anak Perempuan Sulung Keluarga Yun (2)

Chapter 2 - Anak Perempuan Sulung Keluarga Yun (2)

Gadis muda itu mula duduk dengan perlahan, mengorak senyuman jahat penuh makna.

Jika orang itu tidak sebegitu serupa dengan Putera Mahkota dan juga berpakaian seperti dia, Yun Luofeng yang begitu cinta pada Putera Mahkota itu, tak akan tersilap Putera Mahkota sebagai orang lain. Dia juga tidak akan terus meluru kepada lelaki itu, menariknya dan akhirnya dituduh mencabul seorang lelaki cantik.

Sudah tentu, jika hanya itu yang terjadi, orang ramai tidak akan menyalah anggap hubungan Yun Luofeng dengan lelaki itu.

Kerana apa yang terjadi, semasa lelaki itu ditarik oleh Yun Luofeng, dia mula menjerit. Menuduh perempuan sulung keluarga Yun itu tidak berhenti mengganggunya dan memaksanya menjadi anak ikan Yun Luofeng. Sedihnya, Yun Luofeng tidak pandai menyusun kata dan hilang keupayaan untuk membela dirinya sendiri ketika panik. Dia yang mendiamkan diri hanyalah mengesahkan tuduhan itu.

Mengingat kembali kejadian yang berlaku di sana, gadis muda ini mengeluh, "Yun Luofeng ini anak perempuan bangsawan seorang jeneral, tapi dia terlalu bodoh! Dia tidak dapat melihat perangkap mudah ini dan terlalu percaya jika dia mempertaruhkan nyawanya dia boleh meraih semula hati Putera Mahkota! Jika bukan kerana arahan dari Putera Mahkota, mengapa orang lain boleh memakai pakaiannya di khalayak ramai?"

Putera Mahkota, Gao Ling, adalah lelaki paling kacak di Kerajaan Long Yuan. Dia seorang yang sangat berbakat dan mempunyai kebolehan cemerlang! Dengan identiti dan kedudukannya, mengapa dia perlu sanggup mengahwini seorang sampah?

Jadi gadis muda itu faham alasan Putera Mahkota itu.

Namun, dia masih tidak faham, untuk mengekalkan reputasinya, Gau Ling sanggup menganiaya Yun Luofeng sebagai seorang yang tidak bermoral dan mengabaikan statusnya sebagai tunangan orang demi untuk mencabul seorang lelaki cantik.

Ketika itu, pembantu rumah peribadi Yun Luofeng, Qingyan bergegas ke mari. Mukanya yang panik terus bertukar gembira apabila dia melihat gadis muda yang duduk di bukit tiruan itu. Dia berlari dengan laju ke hadapan Yun Luofeng, dan dengan mengah, "Cik, Tuan Jeneral telah pulang, dan dia mengarah awak untuk berjumpa dengan dia di bilik bacaan."

"Atuk telah pulang?"

Yun Leofeng tergamam seketika. Bagaimana dia boleh lupa hari ini ialah hari kepulangan Jeneral Yun Luo sempena kejayaannya! Tidak lama dahulu, hari ini ialah hari yang dinanti-nantikan oleh tuan sebenar badan ini dengan penuh harapan! Siapa tahu dia telah mati angkara rancangan jahat orang lain sebelum dia boleh bertemu dengan datuknya, orang yang sangat dirinduinya selama sepuluh tahun lamanya.

"Mari pergi, bawa saya berjumpa Atuk, orang tua itu!"

Dia tersedar dari lamunannya dan mencubit pipi kecil Qingyan, yang kelihatan seperti epal yang sedap. Mukanya yang terkejut ditemani senyuman jahat.

Selepas itu, tanpa menunggu reaksi Qingyan, dia terus menuju ke bilik bacaan.

Dalam bilik bacaan Kediaman Jeneral, seorang lelaki tua berambut kelabu tanpa perasaan sedang duduk di kerusi. Dia melihat gadis berpakaian putih berdiri di hadapannya dengan muram.

Yun Luofeng yang sedang berdiri di hadapannya menguap malas. Dia telah berada dalam bilik ini selama setengah jam. Dalam tempoh itu, Jeneral Yun Luo hanya mendiamkan diri dan terus memandangnya tanpa sebarang perasaan. Melihat Jeneral Yun Luo tidak mahu bercakap, Yun Luofeng, sudah tentu, tidak akan memulakan bicara.

Akhirnya, Jeneral Yun Luo tidak boleh menahan amarahnya lagi dan berkata keras dengan riak wajah berat terukir di wajah yang dimamah usia, "Saya dengar baru-baru ini kamu melakukan satu perbuatan terkutuk di khalayak ramai. Bukankah kamu perlu jelaskan sesuatu kepada saya?"

"Penjelasan apa yang Atuk mahukan?" Dia ketawa kecil, "Jika Atuk memilih untuk percaya apa yang khabar angin kata daripada mendengar sendiri penjelasan cucuk Atuk, jadi apa yang Atuk dengar, itulah yang jadi. Sayya tak perlu jelaskan lagi."

"Berani kamu!"

Jeneral Yun Luo menghentak meja dengan bunyi bang, menyebabkan meja itu terbelah dua. Meja itu telah berkorban dengan mulia kerana kemarahan orang tua itu.