Walaupun Qing Mu sudah memang sering kecewa terhadap Long Yuan, dia tidak pernah rasa begitu kecewa seperti hari ini.
Dulu, semasa Maharaja yang lalu mangkat, putera-putera diraja bersaing untuk mendapatkan takhta. Kalau bukan disebabkan perlindungan daripada Qing Mu, Putera Mahkota Long Yuan pasti tidak akan berjaya naik ke atas takhta. Tetapi sekarang, orang yang dia pernah sokong dulu telah bertukar menjadi pemerintah zalim yang ditenggelami nafsu.
"Qing Mu." Ge Yang takut Qing Mu akan meluahkan kata-kata menentang kerajaan dan cepat-cepat menarik Qing Mu ke belakang sambil memandang Long Yuan dengan kening yang berkerut. "Tuanku, patik memohon Tuanku turunkan titah supaya semua peserta ulang semula pusingan ini."
Long Yuan menyeringai. "Pusingan ini sudah dimulai. Patutkah Beta hentikannya hanya disebabkan permintaan kamu? Beta tidak akan buang masa peserta lain semata-mata untuk Yun Luofeng!"