Tengah hari.
Mungkin kejadian pagi tadi telah diketahui ramai, jadi sekarang tempat pertandingan lebih meriah.
Liu Chenyi tersenyum mesra ketika dia sedang dikelilingi gadis-gadis sambil tangannya bermain dengan kipas tangannya, menjawap setiap soalan gadis-gadis itu dengan penuh sabar. Bagaimanapun, sebaik sahaja dia ternampak gadis berpakaian serba putih yang masuk ke tempat itu, mata lembut Liu Chenyi menggelap tetapi dia kembali tersenyum mesra.
"Cik Yun, saya harap kamu tuah masih menyebelahi kamu dalam pusingan yang seterusnya."
Kata-katanya itu bermaksud Yun Luofeng menang pusingan pertama itu tiada kaitan dengan kebolehannya dan cuma sebab dia bertuah.
"Bodoh."
Ye Ximo mendengus dingin dan mengangkat keningnya dengan angkuh. "Yang menang akan di angkat dan yang kalah akan dihina. Memandangkan kamu, itu membuktikan kamu memang tidak setanding dengan Yun Luofeng! Orang yang tidak mampu menerima kekalahan memang akan sentiasa gagal!"