Masa terus berlalu.
Sedang semua orang merenung keji terhadapnya, Zhong Ling'er berhenti menulis dan berjalan ke arah lelaki pertengahan usia yang berdiri di atas pentas yang tinggi itu. Seluruh tempat itu diam melihat kelakuannya itu.
Kening Long Yuan berkerut dan dia arahkan sida-sida untuk terima kertas jawapan Zhong Ling'er itu. Sida-sida itu maju dan menyambut kertas yang masih basah dengan dakwat itu lalu berjalan ke arah beberapa orang lelaki tua.
Di kawasan pertandingan itu, selain daripada Maharaja dan Isteri Agung Ling yang menjadi hakim pertandingan itu, ada juga sekumpulan pemeriksa daripada tabib-tabib diraja Empayar Tianhui. Tabib-tabib ini sangat terkenal dan masyhur, jadi mereka memang layak jadi pemeriksa.
Salah seorang daripada orang tua itu menyambut kertas jawapan itu lalu membacanya, tetapi dengan hanya sekali pandang sahaja dia terus terkejut.
"Cepat tengok jawapan ini." Wajah orang tua itu sangat terkejut.