Ketika ini, suara yang nyaring tiba-tiba terdengar. "Ketibaan Baginda Maharaja!"
'Baginda Maharaja?'
Jiang Chengwen terkejut seketika lalu terus berdiri di dalam pavilion itu dengan mata yang bingung. 'Kenapa Baginda tiba-tiba datang pada waktu begini?'
Ketika Jian Chengwen masih lagi dalam kebingunan, Maharaja dengan pakaian biasa datang mendekat bersama dengan dua orang. Selepas melihat dua orang itu, ekspresi wajah Jian Chengwen terus berubah.
'Tuanku." Jian Chengwen tahan perasaan dalam hatinya dan tunduk hormat kepada Maharaja sebelum bertanya, "Bolehkah patik bertanya apa hajat Tuanku berkunjung ke Kediaman Keluarga Ye?"
"Beta ke mari untuk berjumpa dengan Yun Luofeng. Dia masih belum pulang lagi?" Maharaja melihat-lihat sekeliling dengan wajah yang seakan menyoal.