Yun Luofeng mendongak dan memandang wajah tampan yang dingin itu. Mata lelaki itu penuh dengan kesungguhan dan tidak bergetar memandangnya.
Angin menghembus masuk melalui jendela, membuatkan rambut Yun Xiao beralun lembut. Bibirnya yang tipis memuncung sedikit pada wajahnya yang terbentuk sempurna itu. Otot kekarnya yang mengghairahkan dapat dilihat dari jubahnya yang hampir tertanggal itu.
"Saya berjanji." Suara bertekad Yun Luofeng terdengar jelas dalam bilik yang sunyi itu. "Saya akan berusaha sepantas yang mungkin untuk kejar dan jumpa kamu."
Semua yang Yun Xiao lakukan, dia lakukannya demi Yun Luofeng. Dia takut Yun Luofeng akan dibuli sebaik sahaja melangkah ke dunia yang tidak dikenali, sebab itulah dia mahu melihat jalan untuk Yun Luofeng dahulu dan pastikan ia selamat.
Dengan adanya lelaki yang sanggup berjuang untuknya, mana mungkin Yun Luofeng tidak berusaha keras juga?