Masa berlalu agak lama, lelaki itu akhirnya berhenti dan tertidur dengan kepuasan. Kesakitan pada wajahnya telah hilang sepenuhnya dan senyuman pudar terukir di bibirnya.
Yun Luofeng menggosok-gosok badannya yang sakit, menoleh ke arah lelaki yang sedang tidur lalu menyepetkan matanya. "Saya akan balas balik bila kamu bangun nanti!"
Kemudian Yun Luofeng cuba mengangkat tangan kanannya dan dia dapati dia langsung tidak rasa tangan kanannya itu. Dia jadi kaku dan bertanya, "Xiao Mo, tangan saya…"
"Tuan, inilah kesan daripada Tuan berevolusi secara paksa."
Xiao Mo tersenyum perit. Kalau dulu, dia pasti akan menangis gembira kerana Yun Luofeng dan Yun Xiao akhirnya bertapa berpasangan. Namun, selepas Yun Luofeng mulakan sesi bertapa berpasangan dengan Yun Xiao, Xiao Mo hanya tunduk diam.
Lagipun, pengorbanan untuk bertapa berpasangan ini terlalu besar.