Chapter 937 - Lokasi Yun Xiao (2)

Meskipun lelaki itu tidak sedarkan diri, dia masih menolak sentuhan Hunyu…

Dia tidak membenarkan Hunyu menyentuh mukanya! Seperti seorang perempuan yang hendak menjaga kesuciannya demi bakal suaminya.

"Cik, apa yang berlaku?"

Mendengar bunyi bising dari bilik itu, pengawal di luar bergegas memecah masuk ke dalam bilik itu.

Hunyu cepat-cepat lap darah di mulutnya lalu berdiri, wajah tenang dan dingin seperti biasa.

"Tiada apa yang berlaku. Saya cuma terjatuh. Jangan buat bising, kamu boleh pergi sekarang."

"Baik!" Pengawal itu tidak berani berkata apa-apa dan hanya tunduk hormat sebelum keluar.

Hunyu tidak mahu lama-lama berada dalam bilik itu. Dia menoleh memandang lelaki yang terbaring di atas katil itu, cahaya rumit bersinar di dalam matanya. Dia tidak pasti sama ada hendak menerima arahan ayahnya atau tidak!

Dia juga tidak tahu jika ia satu kesilapan besar kerana telah jatuh cinta pandang pertama pada lelaki itu…

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS