Keesokan harinya, di pagi hari.
Sebaik sahaja Yun Luofeng membuka mata, dia ternampak sepasang mata yang penuh cinta dan kasih sayang. Walaupun lelaki itu sangat tampan dan dingin, lelaki itu tetap melayan dia dengan sangat lembut.
"Kamu terjaga?" Yun Xiao rangkul pinggang Yun Luofeng. "Saya hendak beritahu kamu sesuatu. Saya mungkin akan pergi jauh buat seketika dan kamu boleh tunggu saya di sini. Saya akan pulang secepat mungkin."
Dengan perlindungan daripada Jun Fengling dan Keluarga Ye, Yun Luofeng pasti akan selamat. Sebab itulah Yun Xiao berani tinggalkan Yun Luofeng di sini.
"Kamu tidak mahu tunggu datuk?" tanya Yun Luofeng sambil mengangkat kening.
Yun Xiao diam seketika. "Kalau tiada masalah, saya akan pulang sebelum mereka sampai ke sini. Kalau saya tidak pulang awal, kamu jangan bimbang tentang saya."
"Yun Xiao apa yang kamu ingin lakukan?" Yun Luofeng agak muram dan kerisauan tampak dalam matanya.