"Cukup!" Xia Wen halang mereka berdua lalu bermuram. "Kita sudah lewat, jadi kita patut terus berjalan. Kalau tidak, kita mungkin tidak sempat keluar dari hutan ini sebelum matahari terbenam. Terlalu bahaya kalau kita bermalam di sini." Selepas berkata begini, dia menjeling ke arah Lin Ruobai. Dia tertanya-tanya bagaimana Lin Ruobai boleh selamat berada dalam hutan yang begitu bahaya selama beberapa hari…
…
Sejak kebelakangan ini, Kota Diraja sangat sibuk dan semua penginapan penuh dengan tempahan. Semua kuasa-kuasa besar masing-masing telah menghantar orang untuk mengucapkan tahniah kepada Jun Fengling, jadi jalan-jalan dalam Kota Diraja dikerumuni oleh ramai orang…
Jamuan Keluarga Ye yang dinanti-nanti akhirnya bermula.
Malam sangat sunyi. Bulan terang menghiasi langit dan menyinari jalan-jalan di kota…