Chapter 920 - Lin Ruobai (2)

Mendengar soalan ini, gadis itu kelihatan kecewa. "Saya datang ke sini untuk cari guru saya, tapi saya tersesat, jadi saya hanya mampu berehat di atas pokok pada waktu malam…"

Ketika memikirkan gurunya, mata gadis itu memerah dan air mata mula bergenang.

"Cik, apa kamu Cik ikut saya?" tanya pemuda itu sambil tersenyum.

Mata gadis itu berkelip dan kepalanya senget ke sebelah. "Boleh kamu bantu saya cari guru saya?"

"Ya, nama guru kamu adalah…"

"Sebenarnya…"

Mendengar soalan itu, gadis itu teragak-agak hendak menjawab.

Gurunya selalu cari masalah dan pasti ada banyak musuh dalam Benua Tiada Kembali. Kalau dia beritahu pemuda ini nama gurunya, apa akan jadi kalau pemuda itu gunakan dia untuk mengugut gurunya? Memikirkan ini, gadis itu melambaikan tangannya lalu berkata, "Lebih baik saya cari guru saya sendiri, tapi saya tidak tahu jalan di tempat ini. Boleh kamu tunjukkan jalan sahaja?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS