"Tapi saya tidak pernah lihat kamu sebelum ini."
Ye Tian rasa seperti telah dianiaya. Dia tidak tahu Rubah Moyang Keluarga Ye tidak tahu tentang identitinya sendiri. Sebelum Rubah Moyang itu menghilangkan diri, orang-orang Keluarga Ye langsung tidak dibenarkan pergi ke kawasan terlarang itu. Jadi tiada siapa pernah berjumpa dengan Huohuo.
"Tuan," Huohuo mencekak pinggang dan merenung Ye Tian, "biar orang tua ini yang selesaikan hal ini. Saya ingin lihat kalau dia berani bela anaknya!"
Sudut bibir Ye Tian menggerenyet. Dia mengeluh lalu menoleh memandang Ye Jingxuan yang sedang berguling dijilat api. "Kamu sudah buat kesilapan yang besar, jadi kamu mesti tanggung akibatnya. Ayah tidak boleh selamatkan kamu kali ini."
Perasaan Ye Jingxuan berubah daripada takut kepada hampa dan kecewa, wajahnya juga menjadi pucat.
Semuanya sudah tamat!
Kali ini, dia memang tidak akan terselamat!