"Ibunda bohong, bukan?" Jiang Mengyao semakin undur ke belakang dan wajahnya pucat. "Anakanda adalah puteri kepada Ayahanda! Ibunda, lekas beritahu Anakanda yang kata-kata Ibunda tadi itu cuma dusta!"
Maharaja memandang dingin orang-orang ini tanpa emosi di wajahnya. "Sama ada betul atau dusta, ujian darah akan beri jawapannya!"
Suara yang tegas ini membuatkan tubuh lelaki itu menjadi longlai lalu rebah ke tanah. Lalu dia bangun semula dan memijak-mijak Gundik Shu dengan penuh kemarahan sambil mengetap giginya. "Perempuan keji, puas hati kamu dapat melibatkan Mengyao dalam nasib buruk kamu?"
Gundik Shu biarkan sahaja lelaki itu membelasah sambil tunduk, dia tidak berani bertentangan mata dengan Jiang Mengyao.