"Tuanku!"
Selepas semuan menteri mendengar kata-kata Maharaja itu, mereka semua berasa cemas lalu cepat-cepat melutut. "Tuanku, mohon dipertimbangkan keputusan itu!"
"Keputusan Beta sudah muktamad dan kamu tidak perlu bahas lagi." Maharaja melambai tangannya dan wajahnya sangat dingin dan terasing.
"Haha!" Lelaki berjubah biru itu ketawa mencemuh, "Kalau saya tahu awal-awal dulu, saya pasti akan halang Tong'er daripada masuk istana! Dia telah mencintai orang yang salah dan hidupnya telah musnah! Maharaja Anjing, kamu fikir saya sudah gagal apabila Permaisuri terjaga? Tidak, kamu silap!"
Maharaja agak terkejut. "Apa maksud kamu?"
"Saya dan Gundik Shu selalu selalu bersetubuh selama ini! Kalau tidak, kamu rasa kenapa dia bantu saya? Tambahan lagi, setiap kali kamu tidur dengan Gundik Shu, kami baru sahaja selesai melakukannya. Selama ini kamu guna perempuan sisa saya. Pasti kamu berasa tidak selesa dan kurang senang, bukan?"