Yun Xiao tidak menjawab dan langsung menoleh ke arah Ye Jingxuan. Hanya ada Yun Luofeng sahaja dalam matanya.
"Siapa kamu?" Lelaki berjubah biru itu memasang wajah seriusnya.
Dia tidak tahu kenapa, tetapi lelaki tanpa emosi di depannya ini membuatkan dia berasa dalam bahaya. Dia rasa seperti ada tangan dari neraka yang ingin menarik dia ke dalam lubang yang tiada penghujung.
"Kamu mahu bunuh dia?"
Mata dingin Yun Xiao perlahan menoleh ke arah lelaki itu lalu mengangkat tangannya. "Sesiapa pun yang cuba menyakiti dia mesti mati!"
Walaupun lelaki ini baru sahaja berniat dan belum melakukan apa-apa lagi, Yun Xiao tidak akan benarkan sesiapa menyakiti Yun Luofeng.
Walaupun cuma niat, ia tidak boleh wujud!
Ye Jingxuan pada mulanya ingin ketawa mengejek. 'Sampah ini fikir dia siapa, berlagak angkuh dan kuat dan apa kebolehannya yang mampu membunuh orang?'
Tetapi, sebelum dia sempat ketawa, dia terkejut melihat kejadian yang seterusnya.